Wanita Tawar Percutian & iPhone 7 Percuma Kepada Sesiapa Yang Mahu 'Menyamar' Jadi Anaknya Ketika Bercuti


ZHEJIANG - CHINA - Seorang wanita yang mengatakan dirinya sunyi meluahkan hasratnya untuk mengupah sesiapa yang boleh menyamar menjadi anak perempuannya di sebuah percutian di Hainan.

Li Yanling, 63, meluahkan perkara itu di laman sosial China dan mula menerima tawaran dari netizen di negara itu.

Selain percutian, wanita itujuga berkata dia akan memberi sebuah iPhone 7 untuk individu yang menerima tawarannya itu.

"Saya tinggal berkeseorangan di Zhengzhou. Saya ingin seorang wanta muda berumur antaa 19 - 24 tahun untuk menemani saya bercuti, berbual dan ambil foto dengan saya," kata Li.

Perkongsian Li pantas viral dan beribu-ribu netizen berebut untuk meneman Li tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

"Saya tak perlukan telefon itu tapi saya boleh teman awak, dan saya akan bayar perbelanjaan saya sendiri, asalkan awak tidak merasa sunyi," kata seorang pelayar wanita.

Tetapi Li bukanlah hidup sebatang kara. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang telah berpindah ke Canada manakala suami seorang 'kaki hiking'.

"Suami saya ada rakan hiking sendiri dan saya tak mahu ganggu anak saya (di Canada)," jelas Li.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...