Perkhabaran gembira Rasulullah SAW tentang bumi Syam


Bumi Syam benteng terakhir pertahanan kaum muslimin
Daripada Abdullah bin Hawalah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
سيصيرُ الأمرُ إلى أن تَكونوا جُنودًا مجنَّدةً جُندٌ بالشَّامِ، وجندٌ باليمنِ وجُندٌ بالعراقِ قالَ ابنُ حوالةَ: خِر لي يا رسولَ اللَّهِ إن أدرَكْتُ ذلِكَ، فقالَ: عليكَ بالشَّامِ، فإنَّها خيرةُ اللَّهِ من  أرضِهِ، يَجتبي إليها خيرتَهُ من عبادِهِ، فأمَّا إن أبيتُمْ، فعليكُم بيمنِكُم، واسقوا من غُدُرِكُم، فإنَّ اللَّهَ توَكَّلَ لي بالشَّامِ وأَهْلِهِ
“Urusan (Islam) ini kelak akan menjadi beberapa pasukan tentera. Ada pasukan di Syam, ada pasukan di Yaman, ada pasukan di Iraq.”
Ibnu Hawalah berkata, “Ya Rasulullah, pilihkan salah satu tempat untukku apabila aku menemui zaman tersebut.”
Baginda bersabda, “Hendaklah engkau memilih Syam, kerana negeri itu adalah pilihan Allah, Allah memilihkan untuk negeri itu hamba-hamba pilihan-Nya. Jika engkau enggan tinggal di Syam, hendaklah engkau memilih Yaman dan berilah minum dari kolam-kolamnya. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.”
HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 2483. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Syam akan menjadi tempat menetapnya keimanan
Daripada Abdullah bin Amru RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
إنِّي رأيتُ كأنَّ عمودَ الكتابِ انتُزِع من تحت وسادتي ، فأَتْبعتُه بصري ، فإذا هو نورٌ ساطعٌ عُمِد به إلى الشَّامِ ألا وإنَّ الإيمانَ إذا وقعتِ الفتنُ بالشَّامِ
“Sesungguhnya aku bermimpi seakan-akan tonggak Al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku, maka aku mengikuti arah perginya ia dengan penglihatanku. Tiba-tiba muncul cahaya yang terang-benderang menghala ke Syam. Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadinya fitnah berada di Syam.”
HR Al-Munziri, At-Targhib Wa At-Tarhib (4/103). Al-Munziri: Isnadnya sahih atau hasan atau dekat pada keduanya. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Munculnya pasukan tentera terbaik dari Damsyik
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا وقعتِ الملاحِمَ، بعثَ اللَّهُ بعثًا منَ الموالي، هم أَكرَمُ العربِ فَرَسًا، وأجودُهُ سلاحًا، يؤيِّدُ اللَّهُ بِهمُ الدِّينَ
“Jika telah terjadi banyak peperangan besar, Allah akan mengeluarkan sebuah pasukan dari golongan ‘Al-Mawali’, mereka adalah bangsa Arab yang paling baik kuda dan persenjataannya. Allah akan meneguhkan agama ini melalui perantaraan mereka.”
HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 3319. Dinilai hasan oleh oleh Al-Albani. Dalam beberapa riwayat lain disebut المولي من دِمَشْقَ (“Al-Mawali” dari Damsyik)

Ghutah dan Damsyik menjadi kem umat Islam sewaktu perang terbesar
Daripada Abu Darda RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ فُسطاطَ المسلمين ، يومَ الملحمةِ ، بالغُوطةِ إلى جانبِ مدينةٍ يُقالُ لها : دمشقُ ، من خيرِ مدائنِ الشَّامِ
“Sesungguhnya perkhemahan (pusat kekuatan) umat Islam pada hari peperangan terbesar adalah di Ghutah, di samping kota yang bernama Damsyik, yang merupakan antara kota terbaik di Syam.”
HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 4298. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Munculnya khalifah yang adil selepas huru hara di Syam dan Iraq
Daripada
يوشِكُ أهلُ العراقِ ألا يُجبَى إليهم قَفيزٌ ولا درهمٌ . قلنا : من أين ذاك ؟ قال : من قِبَلِ العجَمِ . يمنعون ذاك . ثم قال : يوشِكُ أهلُ الشامِ أن لا يُجبَى إليهم دينارٌ ولا مُديٌ . قلنا  : من أين ذاك ؟ قال : من قِبَلِ الرومِ . ثم أسكتُ هُنيَّةً . ثم قال : قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : يكونُ في آخرِ أمتي خليفةٌ يُحثي المالَ حثيًا . لا يَعدُّه عددًا
“Hampir tiba masanya penduduk Iraq tidak lagi dikirimkan qafiz dan dirhamnya.” Maka kami pun bertanya: “Dari mana sekatan tersebut?” Jabir menjawab: “Dari arah penduduk ‘ajam.” Kemudian Jabir berkata lagi: “Sudah hampir masanya penduduk Syam tidak lagi dikirimkan dinar dan mud-nya.” Maka kami pun bertanya lagi: “Dari mana sekatan itu?” Jabir menjawab: “Dari arah Rom.” Kemudian Jabir terdiam sejenak kemudian dia berkata lagi: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Di akhir umatku nanti akan muncul seorang khalifah yang akan membahagikan harta tanpa dia menghitungnya.”
HR Muslim, Sahih Muslim, no. 2913

Munculnya khilafah di Tanah Suci
Daripada Abdullah bin Hawalah RA, Rasulullah SAW bersabda:
يا ابنَ حوالةَ، إذا رأيتَ الخلافةَ قد نزَلَت أرضَ المقدَّسةِ فقَد دنَتِ الزَّلازِلُ والبَلابلُ والأمُورُ العِظامُ، والسَّاعةُ يومَئذٍ أقرَبُ منَ النَّاسِ من يدي هذِهِ من رأسِكَ
“Wahai Ibnu Hawaalah, jika engkau telah melihat khilafah telah turun di Tanah Suci maka telah dekat terjadinya gempa-gempa, musibah-musibah dan perkara-perkara yang besar. Hari Kiamat pada hari itu lebih dekat kepada manusia dibanding dekatnya tanganku ini dari kepalamu.”
HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 2535. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Munculnya tentera dari Madinah pergi ke Dabiq, kota berhampiran Halab (Aleppo)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
…لا تقومُ الساعةُ حتَّى ينزلَ الرومُ بالأعماقِ ، أوْ بدابقٍ . فيخرجُ إليهمْ جيشٌ مِنَ المدينةِ . مِنْ خيارِ أهلِ الأرضِ يومئذٍ
“Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga tentera Rom menduduki A’maq atau Dabiq, maka keluarlah sebuah pasukan tentera untuk menghadapi mereka dari Madinah, yang terdiri daripada orang-orang yang terbaik ketika itu…”
HR Muslim, Sahih Muslim, no. 2897 (Petikan awal dari hadis yang panjang)

Jadilah seperti Mus’ab bin Umair
Walaupun terdapat perkhabaran gembira ini umat Islam tidak boleh terus berpasrah dan tidak melakukan apa-apa sehingga bantuan Allah tiba, ia adalah suatu fahaman yang salah sama sekali. Kita dituntut berusaha sebaik mungkin untuk menegakkan Islam di muka bumi ini mengikut kemampuan maksima tidak kira masa atau keadaan.
Jadilah kita seperti Mus’ab bin Umair RA, yang telah mempersiapkan Madinah sebelum ketibaan baginda SAW bersama para sahabat yang hadir membina daulah yang agung. Jangan sesekali berputus asa untuk terus beramal demi Islam kerana kitalah orang yang paling tinggi darjatnya.
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” [ Ali Imraan : 139 ]
لا تزالُ طائفةٌ من أمَّتي يقاتلونَ على الحقِّ ، ظاهرينَ إلى يومِ القيامةِ
“Akan sentiasa ada suatu kelompok dari umatku yang berperang di atas kebenaran dalam keadaan menang sehingga Hari Kiamat” [ HR Muslim ]
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...