Orang Ramai Diminta Peka Fenomena Air Pasang Besar, Ombak Dijangka Setinggi 2.5 - 3.5 Meter


Port Dickson, 14 Okt: Pengunjung ke empat pantai di daerah ini diminta peka dengan fenomena air pasang besar yang dijangka akan berlaku mulai esok selain mematuhi arahan dari pihak berkuasa.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Port Dickson, Muhammad Isa Md Onzer berkata empat pantai itu adalah Pantai Bagan Pinang Batu 3, Pantai Saujana Batu 4, Pantai Telok Kemang Batu 8 dan Pantai Tanjugn Biru Batu 10.

Tambah beliau, fenomena air pasang ini boleh menyebabkan ombak berketinggian antara 2.5 hingga 3.5 meter dan dijangka akan berlangsung hingga Khamis.

"Sehubungan itu pengunjung diminta peka dengan fenomena ini dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga akan mengibarkan bendera merah di menara penyelamat pantai sebagai amaran kepada pengunjung untuk tidak melakukan aktiviti pantai bagi tempoh berkenaan.

"Apa yang mustahak adalah mematuhi arahan keselamatan oleh pegawai pantai," katanya, lapor Harian Metro.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...