Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia isytihar Jumaat ini sebagai solidariti untuk Aleppo


DOHA – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi hari ini mendesak supaya pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Aleppo, Syria dihentikan segera.
Setiausaha Agung Kesatuan, Prof Dr Ali Qurah Daghi berkata, Kesatuan menggesa pemimpin Arab dan Islam supaya mengambil pendirian serius terhadap kekejaman ke atas penduduk Islam di Syria.
“Suara hati Kesatuan Kerjasama Islam (OIC) dan negara-negara Liga Arab (OECD), termasuk umat Islam di seluruh dunia perlu menyeru supaya kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Aleppo dihentikan,” katanya.
Kesatuan turut menggesa organisasi antarabangsa memikul tanggungjawab melindungi orang awam daripada serangan dan pembunuhan yang sistematik.
Katanya, ia juga termasuk melaksanakan undang-undang kemanusiaan antarabangsa berhubung jenayah perang yang berlaku di Aleppo oleh tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, kroni dan sekutunya.
“Kesatuan turut merayu supaya pertubuhan bantuan kemanusiaan mengusahakan bantuan bencana terhadap pelarian, termasuk kanak-kanak pelarian Aleppo.
“Umat Islam seluruh dunia digesa untuk solidariti terhadap Aleppo dan mengeluarkan fatwa yang menyeru kepada sokongan, termasuk mengiytiharkan hari Jumaat ini sebagai hari kemarahan dan membantah apa yang berlaku di negara bergolak itu.
“Kesatuan melahirkan rasa sedih termasuk solidariti dengan rakyat di Aleppo dan berdoa semoga Allah membalas segala perbuatan kejam musuh-musuh serta mereka yang berkomplot,” katanya. 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...