KEHIDUPAN DI DUNIA INI HANYALAH UJIAN & PENJARA BAGI ORANG BERIMAN. APAKAH MAKSUDNYA? INILAH JAWAPANNYA.


Dunia ini  Hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عن أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر»Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir." (HR. Muslim no. 2392)


Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, "Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.


Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi. "Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, "Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan.Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. "


Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...