Najib Kongsi Cerita Tentang Kucing Peliharaannya Di Facebook


KUALA LUMPUR, 30 Okt: Perdana Menteri, Najib Razak berkongsi cerita tentang kucing-kucing peliharaannya yang akan 'menjaga' rumah beliau ketika dia mengadakan lawatan selama seminggu ke China.

Najib akan berada di Beijing dari Isnin (31 Okt) sehingga Ahad (6 Nov) dalam rangka lawatan beliau yang dijangka akan mengukuhkan lagi pelaburan dan hubungan dua hala dengan China.

Sebelum itu, Najib sempat berkongsi satu posting di Facebook yang berkata kucing-kucingnya akan menjadi tuan rumah dan bersuka ria sepanjang ketiadaannya.

Mengiringi 'posting' itu adalah sekeping gambar yang menunjukkan empat ekor kucing sedang berkeliaran di sebuah ruang, dilihat seperti ruang tamu rumah.

"Saya akan ke China untuk lawatan rasmi beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah mereka nanti," tulisnya.

Sebelum ini Najib juga pernah berkongsi telatah kucing beliau di media sosial.

Dalam aplikasi perkongsian foto Instagram tiga minggu lalu, Najib berkongsi cerita tentang 'Simba'.

"Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja,"
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...