3 Masalah Telefon Pintar Yang Diselesaikan Mate 9, Telefon Untuk Golongan 'Businessman' Berjaya



Mesyuarat, persidangan, Whatsapp berterusan dan perbualan tanpa henti adalah perkara biasa yang perlu dihadap oleh golongan bisnes yang berjaya. Kehidupan yang sibuk menjadi norma kehidupan bagi golongan ini namun kebanyakan telefon yang ada dalam pasaran Malaysia tidak dapat memenuhi kehendak mereka, lebih-lebih lagi dari segi bateri.

Disebabkan itu, Mate 9 memasuki pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan golongan bisnes yang mahukan telefon pintar prestasi tinggi yang boleh melonjakkan produktiviti mereka.

Pasukan penyelidikan dan pembangunan Huawei menyedari ada 3 sudut kekurangan dalam kebanyakan telefon pintar Android iaitu:

1 – Semakin lama digunakan, semakin lembab
Setelah digunakan dalam satu masa yang lama, kebanyakan telefon pintar Android menjadi semakin lembab, seolah-olah telefon itu semakin hari semakin ‘tua’ lantas menyebabkan penurunan dalam prestasi.

2 – Bateri yang tidak mencukupi
Kebanyakan telefon pintar Android mempunyai jangka hayat bateri tidak sampai sehari jika digunakan.

3 – Kamera tidak cukup professional
Di sesetengah telefon Android, kamera masih lagi dianggap enteng seterusnya menyebabkan kualiti gambar yang diambil kurang professional.

Memandang berat isu yang timbul akibat tiga masalah ini, Mate 9 dicipta dengan rapi oleh Huawei.
  

Cip Pemproses Kirin 960 + EMUI 5.0 Untuk Prestasi Tinggi

Bagi menyelesaikan masalah prestasi, Mate 9 menjadi telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960. Menurut Huawei, Kirin 960 boleh memacu lebih prestasi dan penggunaan bateri yang optimum ketika digunakan.

Kekuatan Kirin 960 digabungkan lagi dengan sistem pintar EMUI 5.0 yang mana mampu melancarkan pengalaman pengguna sesuai dengan slongannya “Born Fast Stays Fast”.

Kirin 960 SoC merupakan cip pemproses pertama yang menggunakaan seni bina CPU 10 teras ARM-Cortex-A73/A53 dan GPU 10 teras Mali G71.

Menurut rating Geekbench, CPU Kirin 960 mampu menjana 18% lebih prestasi dan 15% lebih penjimatan tenaga berbanding Kirin 950. 

Dari sudut GPU pula, Kirin 960 mampu mengeluarkan 180% lebih prestasi dan 40% penjimatan tenaga berbanding Kirin 950.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

loading...